Lelaki godam laman web p’raya diberkas

Lelaki godam laman web p’raya diberkas

MANILA, 21 April – Pihak berkuasa di Filipina telah menangkap seorang suspek dalam penggodaman laman web suruhanjaya pilihan raya baru-baru ini, yang pakar keselamatan beri amaran telah mengakibatkan kebocoran dalam data pengundian.

Siasatan Biro Kebangsaaan (NBI) mengatakan suspek, seorang graduan teknologi maklumat berusia 23 tahun, telah ditangkap malam semalam selepas berminggu-minggu pengawasan peribadi dan digital.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya, Andres Bautista mengatakan suspek mengakui dia telah merosakkan laman web itu pada 27 Mac.

“Menurutnya, dia ingin menguji ciri-ciri keselamatan yang diimplementasikan oleh suruhanjaya itu,” Bautista memberitahu sidang akhbar. “Kami meyakinkannya bahawa semua ciri-ciri keselamatan yang dikehendaki undang-undang telah diimplementasikan.”

“Kami juga menggunakan laman web lain bagi keputusan pilihan raya,” tambahnya. “Apa yang telah digodam itu adalah laman web maklumat awam.”

Menurut syarikat perisian keselamatan global, Trend Micro, serangan ke atas laman web suruhanjaya itu mengandungi data peribadi 1.3 juta pengundi Filipina di seberang laut serta 15.8 juta rekod cap jari dan senarai orang yang bertanding bagi pelbagai jawatan.

Ia memberi amaran penjenayah boleh menggunakan data itu bagi pencurian identiti, dan kegiatan peras ugut, namun tidak mengatakan penggodaman itu boleh menjejaskan pilihan raya akan datang.

Pengarah NBI, Virgilio Mendez mengatakan para penyiasat sedang menyiasat gabungan suspek dalam bidaan untuk menangkap mereka yang terlibat dalam serangan itu. – dpa