Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

KINABATANGAN, 28 Okt (Bernama) – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya selepas hilang ketika menyeberangi Sungai Segaliud di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata lelaki itu dikenali sebagai Zainal Lulung, 48.

Menurut Rosemidian, dua anggota bomba bersama sebuah kenderaan utiliti pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 7.56 malam.

Operasi yang turut dibantu penduduk kampung ditangguhkan pada pukul 11.31 malam dan disambung semula pada jam 7 pagi ini, kata beliau ketika dihubungi Bernama.