Lelaki Iban terima hidayah

Lelaki Iban terima hidayah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 11 April – Seorang lelaki bangsa Iban telah memilih Islam sebagai pegangan hidupnya yang baru setelah melafazkan dua kalimah syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah rumah perumahan di sini.

Awang Janclly anak Emong, 25, yang berasal dari Kampung Kukup Ulu Belait, telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Hisyam Mustaqim bin Abdullah.

Beliau yang bekerja dengan syarikat swasta di luar pantai, memilih agama Islam atas kehendaknya sendiri melalui dorongan rakan-rakan saudara baru yang berada di sekitarnya, dan beliau melihat agama Islam adalah yang betul yang akan membimbingnya ke jalan benar.

Saudara baru Awang Muhammad Hisyam Mustaqim, (tengah) memilih agama Islam sebagai agama yang akan membawanya ke jalan yang benar.
Saudara baru Awang Muhammad Hisyam Mustaqim, (tengah) memilih agama Islam sebagai agama yang akan membawanya ke jalan yang benar.

Awang Muhammad Hisyam Mustaqim merupakan anak pertama daripada lima orang adik-beradik dan hanya dia seorang yang baru memeluk Islam dalam kalangan keluarganya.

Majlis pengislaman tersebut telah diadakan di kediaman Ketua Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung C, Hajah Jariamah binti Duraman, di RPN Kampung Pandan C.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, juga Ketua Kampung Pandan C, Awang Affandy bin Haji Awang Damit dan Pengerusi Canang Citra Event Managemant, Haji Zaini bin Munir serta jemputan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA