Lelaki India bunuh 14 keluarganya dengan pisau

Lelaki India bunuh 14 keluarganya dengan pisau

MUMBAI, 28 Feb (AFP) – Seorang lelaki, 35, didakwa membunuh 14 ahli keluarganya termasuk tujuh kanak –kanak menggunakan pisau pemotong daging sebelum membunuh diri diluar ibu negara kewangan India, Mumbai, kata polis semalam.

Serangan berlaku selepas ahli keluarga berhimpun lewat semalam di salah satu kediaman mereka di Thane, sekitar 32 kilometer (20 batu) dari Mumbai, bagi acara keluarga, kata polis.

“Penyerang, Hasnin Anwar Wareker, menggatung diri selepas mengelar leher ahli keluarga lain termasuk ibu bapanya,” jurucakap polis Thane, Gajan Laxman Kabdule, memberitahu AFP. Satu –satunya mangsa yang selamat serangan – adik perempuan Warekar – dibawa ke hospital selepas jiran mendengarkan jeritan meminta tolong selepas tengah malam dan menghubungi polis.

“Kami masih belum dapat bercakap bersama adik perempuan penyerang, 21, satu-satunya yang selama dalam serangan itu, yang berada dalam keadaan trauma di hospital bandar itu,” kata Kabdule.

Warekar menyerang keluarganya selepas meletakkan makanan mereka dengan sedatif, menurut laporan beberapa media setempat. Tetapi akhbar Indian Express berkata akauntan itu menikam mangsa-mangsanya selepas mereka tidur, setelah memutuskan untuk bermalam di rumah tersebut.

“Bukti menggambarkan bahawa tertuduh mengunci kesemua pintu rumah itu dan membunuh keluarganya ketika mereka sedang tidur menggunakan pisau yang ditemui berhampiran mayatnya,” Ashutosh Dumbre, pesuruhjaya polis Thane bersama, yang dipetik sebagai berkata.

Kabdule berkata dia tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa diberikan ubat penenang, yang berkata penyaisat sedang menunggu keputusan perubatan. Rakaman televsiyen menunjukkan lelaki mengangkat mayat –mayat yang dibungkus ke belakang sebuah ambulans, ketika orang ramai berhimpun di luar sebuah rumah berdinding berwarna putih. Kabdule berkata maklumat mengenai penyerang masih lagi kabur dengan motif.

Menurut Press Trust of India, perbalahan hartanah adalah disebalik kejadian pembunuhan itu, tetapi Dumbre berkata penyiasatan awal menyatakan setakat ini tidak menemukan pencetus bagi langkah ekstrem seperti itu.

ARTIKEL YANG SAMA