Lelaki India ditembak kerana mengadu bunyi bising

Lelaki India ditembak kerana mengadu bunyi bising

NEW DELHI, 25 Feb (AFP) – Seorang jurulatih kecergasan India telah menembak dan membunuh seorang lelaki yang mengadu tentang muzik yang kuat dari gym beliau di New Delhi, mengikut laporan, Khamis.

Pengajar yang hanya dikenali sebagai Rinku, dan rakan-rakan beliau sedang mendengar muzik di dalam gym lewat Isnin apabila penduduk tempatan, Hardeep Singh, meminta mereka mengurangkan suara muzik tersebut.

“Apabila Hardeep pergi ke gym meminta mereka untuk menghentikan sesi itu atau mengurangkan nada muzik yang dimainkan, Rinku mula mengecam Hardeep,” akhbar harian berbahasa Inggeris ,The Hindu, melaporkan yang dipetik dari seorang pegawai polis, kelmarin.

Mangsa dilaporkan mengancam untuk membuat aduan mengenai bunyi bising yang sangat kuat dan kembali ke apartmennya. Sejurus kemudian kumpulan itu muncul di pintu depan rumahnya.

“Apabila Hardeep keluar, kedua-dua mereka bergaduh, diikuti dengan pergelutan. Rinku kemudian menembak Hardeep,” kata pegawai itu.

Singh, editor jurnal tempatan, dikejarkan ke hospital di mana doktor mengisytiharkan dia mati semasa ketibaan.

Polis telah mencatatkan kes pembunuhan terhadap jurulatih tersebut dan sedang mencari beliau dan kawan-kawannya yang telah lari dari kejadian itu.

ARTIKEL YANG SAMA