Lelaki India jalani pembedahan buang 40 pisau

Lelaki India jalani pembedahan buang 40 pisau

NEW DELHI, 23 Ogos – Seorang anggota polis India yang selama dua bulan menelan 40 bilah pisau telah dibuang melalui pembedahan hari ini, berkata ‘kuasa roh’ membuatkan dia melakukannya.

Ayah kepada dua orang anak itu telah menjalani pembedahan di bandar utara, Amritsar, selama empat jam untuk membuang pisau-pisau itu dari perutnya, selepas mengadu kepada doktor kesakitan perut yang teruk yang dialaminya.

“Saya tidak tahu kenapa saya melakukannya tetapi ada kuasa roh di sebaliknya,” anggota polis berusia 42 tahun itu memberitahu AFP dari Amirtsar di negeri Punjab.

Dia enggan mendedahkan identitinya.

Dia berkata “ia bermula pada bulan Jun lalu apabila saya menelan pisau pertama dan saya menyukai perasaan itu. Tidak lama selepas itu ia menjadi tabiat.”

Para doktor berkata mereka pada awalnya menyangka dia mengalami ketumbuhan selepas imbasan badan menunjukkan gumpalan pejal besar.

Tetapi apabila penyelidikan seterusnya, mereka menemukan berbelas-belas bilah pisau lipat bertangkai logam dan kayu dan berukuran hingga 18 sentimeter terbuka.

“Kami segera mempersiapkannya untuk menjalani pembedahan dan membuang pisau-pisau itu. Berlaku pendarahan kerana beberapa bilah pisau terbuka,” Rajinder Rajan, salah seorang doktor bedah di Hospital Corporate memberitahu AFP.

Rajan berkata dia mensyaki pesakit itu, yang memberitahu doktor dua bilah lagi pisau keluar ketika dia membuang air besar, mengalami tekanan.

Meskipun kembali sihat daripada pembedahan Jumaat lalu,dia akan menjalani penilaian psikologi sebelum dibenarkan keluar dari hospital, menurut Rajan lagi.

Para doktor tidak menolak kemungkinan dia mengalami penyakit pika (penyakit gangguan makan yang aneh), yang mana penghidapnya terdorong untuk memakan benda-benda yang tidak boleh dimakan.

Tetapi lelaki itu berkata dia tidak akan melakukannya lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA