Lelaki Indonesia didenda $25,700

Lelaki Indonesia didenda $25,700

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Mahkamah Majistret di sini, semalam, memerintahkan seorang lelaki warga Indonesia untuk membayar denda $25,700 selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Mohamad Yusron, 39, berdepan pertuduhan memiliki satu karton dan 11 paket rokok ketika ditahan pegawai pencegah kastam di Jalan Kecil Kampung Tanjung Nangka.

Dia juga didakwa memiliki 63 karton dan 70 paket rokok ketika pemeriksaan dibuat di rumah yang didiami defendan di kampung tersebut.

pg06_160606_mahkamah logo2

Ketika disoal-siasat, defendan mengaku membeli kesemua rokok itu daripada seorang lelaki berbangsa Iban pada harga $860.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin me-merintahkan defendan untuk segera membayar denda itu atau berdepan 18 bulan dan tiga minggu penjara jika gagal.

 

ARTIKEL YANG SAMA