Lelaki Indonesia kena 3 bulan penjara, 3 sebatan

Lelaki Indonesia kena 3 bulan penjara, 3 sebatan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki Indonesia bagi kesalahan tinggal di Brunei Darussalam melebihi tempoh yang ditetapkan.

Muhamad Muhsanudin, 40, mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Awangku Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Abdul Rahman, yang mana tanpa suatu sebab yang munasabah, telah berada di negara ini selama 485 hari, dari 31 Disember 2013 sehingga tarikh tangkapan pada 29 April 2015.

Tertuduh ditahan oleh sepasukan penguat kuasa imigresen dalam satu operasi pada 29 April 2015 kira-kira jam 1:56 pagi di sebuah bilik sewa di Kampung Mulaut.

Tertuduh semasa pemeriksaan telah menunjukkan pasportnya yang mana didapati pas lawatannya telah pun mansuh pada 31 Disember 2013.

ARTIKEL YANG SAMA