Lelaki Iraq dituduh berkaitan IS, dibebaskan

Lelaki Iraq dituduh berkaitan IS, dibebaskan

VIENNA, 27 Mac (AFP) – Seorang lelaki Iraq yang diberkas sebelum berlepas dalam penerbangan easyJet di Vienna selepas seorang penumpang mengatakan dia mungkin pelampau kumpulan Islamic State (IS), telah dibebaskan, kata para pegawai hari ini.

“Tidak ada perkara yang disyaki ditemui dan dia dibenarkan untuk meneruskan perjalanannya,” kata jurucakap kementerian dalam negeri, Karl-Heinz Grundboeck kepada AFP.

“Antara perkara yang belum diselesaikan adalah analisis terperinci ke atas telefon bimbitnya,” ujarnya mengenai insiden yang berlaku kelmarin (Sabtu) itu.

Seorang wanita yang duduk bersebelahan lelaki berkenaan dalam pesawat yang menuju ke London telah memaklumkan kru kabin selepas menyaksikan apa yang dirasakannya mungkin mesej berkaitan dengan kumpulan pelampau IS dalam telefonnya.

Semua para penumpang telah diturunkan sementara Airbus dan semua beg telah diperiksa. Ia akhirnya mengambil masa tiga jam kemudian namun lelaki mahupun wanita berkenaan tidak disoal siasat.

ARTIKEL YANG SAMA