Lelaki Jepun ditangkap bunuh ayah guna penyepit

Lelaki Jepun ditangkap bunuh ayah guna penyepit

TOKYO, 16 Jun (AFP) – Seorang lelaki Jepun yang menikam mati ayahnya dengan penyepit telah ditangkap hari ini, kata polis.

Michikazu Ikeuchi, 51, mengakui dia telah menikam ayahnya berusia 80 tahun di leher menggunakan penyepit kayu memasak, sepanjang 12 inci (30cm) malam kelmarin selepas satu pertikaian berlaku di rumah mereka di Osaka, barat Jepun, menurut polis.

“Ikeuchi memberitahu kami dia cuba untuk menghentikan ibu bapanya dari bertikai dan dia tidak berniat untuk membunuh ayahnya,” kata pegawai polis Osaka memberitahu AFP.

“Dia berkata dalam kemarahannya dia mengayunkan penyepit itu di hadapan ayahnya namun tanpa disedarinya, penyepit itu tersekat di lehernya,” kata pegawai.

Ikeuchi, yang tinggal bersama keluarganya dan keluarga abangnya, memanggil perkhidmatan kecemasan ambulans selepas menikam ayahnya.

ARTIKEL YANG SAMA