Lelaki Jerman ditangkap hasil dadah

Lelaki Jerman ditangkap hasil dadah

DENPASAR, Indonesia, 25 Ogos – Seorang lelaki Jerman telah ditangkap di pulau Bali Indonesia kerana dipercayai telah menghasilkan kristal methamphetamine di sebuah makmal rahsia, kata para pegawai hari ini, dengan pihak berkuasa merampas beg berisi serbuk dan botol-botol yang digunakan untuk menghasilkan dadah.

Lelaki yang berusia 35 tahun itu, rakannya warga Indonesia – seorang wanita transgender – dan dua lelaki Indonesia telah ditahan pada Isnin, dituduh menghasilkan kristal meth bersama, kata agensi antidadah.

Kumpulan itu boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah menghasilkan dan menggunakan bahan tersebut, kata agensi, namun suspek kelihatannya terselamat daripada dihukum mati disebabkan mereka sejauh ini telah mengeluarkan kuantiti yang sedikit.

Hanya 10 gram (0.35 auns) dadah telah dirampas apabila mereka telah ditangkap.

Pihak berkuasa mensyaki ia kebanyakannya bagi kegunaan peribadi, dengan hanya sejumlah kecil yang dijual kepada yang lain di Bali. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA