Lelaki jujur enggan terima ganjaran

Lelaki jujur enggan terima ganjaran

JAKARTA, 9 Jun – Seorang penjaga pusat beli-belah yang telah memulangkan beg mengandungi wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (AS$7,555) yang tertinggal, milik seorang pengunjung, enggan menerima tawaran ganjaran atas kejujurannya, menurut laporan hari ini.

Mulyadi, 32, merupakan pekerja pembersih tandas di gedung Kota Kasablanka apabila dia menemui beg itu lewat bulan lalu, lapor portal berita Detikcom.

Dia segera menyerahkan beg itu kepada jabatan perkhidmatan pelanggan pusat beli-belah tersebut, yang menghubungi pemilik beg yang tertinggal itu, menurut laporan tersebut.

“Dia adalah pekerja contoh,” kata pengurusnya Dian Fadillah dipetik sebagai berkata. “Dia telah dinaikkan pangkat menjadi penyelia namun dia menolaknya.”

Mulyadi berkata dia ‘belum bersedia’ untuk menggalas tugas sebagai penyelia.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah hidup dengan jujur,” ujarnya, seperti yang dilaporkan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA