Lelaki ‘letup diri sendiri’ di pusat TV

Lelaki ‘letup diri sendiri’ di pusat TV

MOSCOW, 17 Okt – Seorang lelaki yang tidak dikenali telah meletupkan dirinya di sebuah pusat TV milik kerajaan di Abkhazia, sebuah rantau kecil Georgia yang disokong Rusia, menurut pegawai tempatan.

“Seorang lelaki meletupkan dirinya di wilayah pusat TV. Ia adalah jelas yang dia memiliki bom tersebut,” agensi berita Rusia, RIA Novosti memetik menteri dalam negeri Abkhaz, Aslan Kobakhiya sebagai berkata.

Agensi berita Interfax melaporkan yang letupan itu berlaku di pintu masuk ke ibu pejabat stesen TV di bandar Sukhumi, Abkhaz.

Ia memetik kementerian perkhidmatan kecemasan rantau pemisah itu sebagai berkata ‘mayat lelaki berjanggut itu’ ditemui di tempat kejadian.

Para penyiasat masih lagi menyiasat insiden itu dan presiden Abkhaz, Raul Khajimba menegaskan yang ia adalah ‘terlalu awal untuk bercakap tentang percubaan serangan pengganas’.

“Tunggu hasil keputusan siasatan itu. Kita malah belum lagi mengenal pasti lelaki yang meletupkan dirinya itu,” Khajimba, bekas pegawai dalam agensi perisikan KGB era Soviet memberitahu Interfax.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Khajimba mengarahkan keselamatan akan ditingkatkan di sekitar tempat-tempat awam, termasuk sekolah dan tadika, di rantau Laut Hitam dengan penduduk kira-kira 250,000 orang. – AFP