Lelaki Malaysia miliki barang seludup, didenda $1,000

Lelaki Malaysia miliki barang seludup, didenda $1,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Seorang lelaki warga Malaysia dikenakan hukuman denda $1,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan memiliki rokok seludup dan minuman keras.

Jong Chiak Huat, 62, juga diperintahkan oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman untuk menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memiliki 31 paket rokok dan 12 tin minuman keras ketika ditahan di Pos Kawalan Kastam, Kuala Lurah pada 4 Jun 2015, kira-kira jam 10:45 pagi.

Tertuduh mengaku rokok dan minuman keras yang disembunyikannya di dalam keretanya adalah miliknya dan juga kawannya.

ARTIKEL YANG SAMA