Lelaki maut, 9 cedera dalam kejadian tembakan di Louisiana

Lelaki maut, 9 cedera dalam kejadian tembakan di Louisiana

HOUSTON, 28 Nov – Seorang lelaki maut dan sembilan orang cedera dalam kejadian tembakan pada awal pagi kelmarin di New Orleans, bandar terbesar di negeri AS, Louisiana.

Seramai 10 orang telah ditembak dengan senjata api pada kira-kira 1:30 pagi waktu tempatan di French Quarter, sebuah destinasi pelancongan di New Orleans, dan lelaki itu meninggal dunia kemudian di hospital, menurut akhbar bandar itu, Times-Picayune.

Polis mengesahkan kejadian itu pada sidang akhbar kelmarin, dengan mengatakan bahawa mangsa yang berusia 20-37, termasuk dua wanita dan lapan lelaki.

Polis telah menahan dua orang, termasuk seorang mangsa tembakan, atas tuduhan senjata api.

Shelvin Gray, 19, adalah salah seorang daripada dua yang ditahan dan didakwa atas pemilikan senjata api secara haram, polis berkata, sambil menambah bahawa tidak ada sebarang dakwaan berkaitan dengan tembakan pada masa itu.

Polis berkata, mereka tidak tahu punca kejadian itu, tetapi saksi-saksi berkata, terdapat pertikaian sebelum kejadian tembakan itu. Siasatan sedang dijalankan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA