Lelaki maut bergaduh dengan adik

Lelaki maut bergaduh dengan adik

KUALA LANGAT, 25 Jun (Bernama) – Seorang lelaki maut akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik lelakinya dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bertengkar dengan suspek dalam rumah mereka.

“Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur dan suspek turut ke dapur mengambil pisau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.