Lelaki maut dalam bangunan pelarian Jerman

Lelaki maut dalam bangunan pelarian Jerman

BERLIN, 16 Dis (AFP) – Seorang lelaki maut dalam sebuah tempat perlindungan kebajikan sosial yang menempatkan pelarian selepas bangunan itu terbakar dan meletup awal hari ini, menurut Polis Jerman.

Bangunan itu terletak di Harburg, selatan bandar pelabuhan Hamburg, menempatkan orang tidak berumah termasuk 20 pelarian, kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut mereka punca letupan masih belum jelas dan mereka tidak mempunyai petunjuk sejauh ini bagi serangan xenofobia.

Polis masih lagi menyiasat sama ada mayat itu yang ditemui itu adalah seorang penduduk Jerman yang hilang adalah salah seorang penghuninya. Kesemua penghuni diselamatkan tanpa mengalami kecederaan. Polis mengatakan perkhidmatan kecemasan itu dimaklumkan sekitar tengah malam (2300 GMT).

“Menurut cerita saksi, berlakunya letupan dalam bangunan dengan beberapa penghuni di dalamnya. Bangunan itu sudah terbakar apabila perkhidmatan kecemasan tiba,” kata polis.

Beberapa tempat perlindungan Jerman bagi pelarian telah dilanda serangan beberapa bulan kebelakangan, ketika kemarahan memuncak dalam kalangan berhaluan kanan berhubung rekod bilangan pencari perlindungan yang tiba di negara ini tahun ini.