Lelaki maut dalam kebakaran di Kudat

Lelaki maut dalam kebakaran di Kudat

KOTA KINABALU, 12 Julai – Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Kinarasan Darat, Kudat pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Mohiddin Abdul Majid berkata mangsa dikenali sebagai Mulangsong, 56, yang ditemukan di dalam sebuah rumah berkenaan.

Beliau berkata tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.41 pagi.

Punca kejadian masih disiasat dan pihak bomba menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian ekoran jalan kampung yang tidak berturap dan sempit, katanya. – Bernama