Lelaki maut diserang sakit jantung

Lelaki maut diserang sakit jantung

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Seorang lelaki warga tempatan yang pengsan ketika melakukan aktiviti sukan di Tasek Lama telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), pagi tadi.

Pasukan Polis Diraja Brunei melaporkan bahawa Balai Polis Pusat menerima panggilan kecemasan mengenai seorang warga tempatan berusia 49 tahun telah meninggal dunia.

Menurut siasatan polis, kejadian berlaku semasa mangsa sedang melakukan aktiviti sukan bersama kawannya yang mendapati mangsa terus terduduk lalu rebah dan pengsan. Rakan dan orang ramai memberi bantuan kepada mangsa sebelum dibawa ke Unit Kecemasan Hospital RIPAS di mana doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Punca kematian dipercayai daripada serangan jantung (myocardial infarction) dan pihak polis mengesahkan bahawa tiada kesan yang mencurigakan didapati mengenai kematian mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA