Lelaki maut kereta dipandu terbabas di Tawau

Lelaki maut kereta dipandu terbabas di Tawau

TAWAU, 3 Mei – Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kereta yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik di Km 4.8, Jalan Apas, awal pagi tadi.

Ketua Polis Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pukul 1.45 pagi itu dikenali sebagai Abd Rahman Madi.

“Seorang penumpang kenderaan yang duduk di sebelah pemandu, Lajir Unjun,28,yang tinggal di KM 6.4 Jalan Apas, tidak sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Besar Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Awang Besar meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama