Lelaki melecur dalam kebakaran di Sandakan

Lelaki melecur dalam kebakaran di Sandakan

SANDAKAN, 29 Mac (Bernama) – Seorang lelaki melecur di belakang dan depan badannya dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah setinggan di Jalan Batu Sapi dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa berumur 31 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini oleh pasukan ERMS Bomba dan keadaannya dilaporkan stabil.

Katanya seramai 16 anggota bomba menggunakan empat jentera dan sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.36 petang.

Api dapat dikawal daripada terus merebak ke rumah berhampiran pada pukul 5.14 petang, katanya. Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.