Lelaki mengaku salah cabul pelajar

Lelaki mengaku salah cabul pelajar

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Suparman bin Haji Madun, 36, didakwa menggunakan kekerasan untuk melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ terhadap mangsa pada 16 November 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah sekitar jam 4 petang dan didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) yang membawa penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 21 November untuk mendengar fakta kes dari Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin sebelum menjatuhkan hukuman tertuduh.

ARTIKEL YANG SAMA