Lelaki menyamar polis diberkas

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt –Seorang lelaki penduduk tetap yang menyamar sebagai inspektor Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya ditangkap pada jam 2 petang di kawasan perniagaan Gadong hari ini.

Penangkapan dibuat hasil maklumat orang awam yang dibuat di Balai Polis Sungai Liang pada jam 10:40 pagi, setelah kesnya menyamar memakai seragam inspektor polis tular di media sosial.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengingatkan orang ramai bahawa menyamar sebagai anggota atau pegawai polis dengan memakai pakaian seragam polis merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 140, Bab 22 (Kod Kanun Jenayah) yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda $4,000 jika sabit kesalahan.

Lelaki yang dikatakan menyamar sebagai inspektor polis.