Lelaki miliki rokok seludup didenda

Lelaki miliki rokok seludup didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $4,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki 12 karton dan 12 paket rokok seludup.

Hamzali bin Haji Moksin, 48, didakwa memiliki rokok-rokok itu di kediamannya di STKRJ Kampung Sungai Buloh pada 9 Julai 2015 kira-kira jam 9:46 pagi.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda atau meringkuk di penjara selama empat bulan.

pg06_150825_mahkamah logo2

Kertas pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam yang mendapat hasil maklumat daripada orang awam itu telah menjalankan pemeriksaan ke atas kediaman defendan, dan menemui rokok-rokok itu telah disimpan dalam bilik tidur dan ruang tamu rumahnya. Defendan ketika disoal siasat memberitahu, dia membeli rokok itu daripada seorang lelaki yang tidak dikenali, yang mana rokok-rokok itu adalah untuk kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA