Lelaki Minnesota didakwa rancang sertai IS

Lelaki Minnesota didakwa rancang sertai IS

MINNESOTA, 10 Dis – Seorang lelaki Minnesota didakwa kelmarin sebagai orang kesepuluh dalam konspirasi yang menggalakkan lelaki muda Amerika-Somali pergi ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) dan dia sendiri merancang membuat perjalanan itu, kertas mahkamah menunjukkan.

Menurut pihak pendakwa Amerika Syarikat (AS), sejak 2007 berbelas-belas orang dari Minnesota, ramai lelaki muda Amerika-Somali adalah antara mereka, telah pergi atau cuba pergi ke luar negara untuk menyokong kumpulan Islam IS atau al-Shabaab, kumpulan militan yang berpangkalan di Somalia.

Abdirizak Mohamed Warsame diberkas semalam, menurut rekod penjara di Wilayah Anoka, tempat dia ditahan.

Warsame, 20 tahun berasal dari Eagan, sebuah komuniti di selatan Minneapolis, menurut media tempatan.

Tidak jelas jika Warsame telah mendapatkan peguam dan dia tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasannya.

Aduan jenayah telah difailkan di mahkamah persekutuan mengatakan Warsame adalah salah seorang dari lelaki muda dari komuniti Amerika-Somali, Minnesota yang tahun lalu mula berkonspirasi untuk pergi ke Syria untuk berperang bersama kumpuan Islam IS, yang menguasai kawasan luas wilayah di Iraq dan Syria.

Ia menamakan Warsame sebagai orang kesepuluh dalam konspirasi untuk menyertai Kumpulan Islam IS, yang telah mengaku bertanggung jawab di atas serangan di Paris yang mengorbankan 130 orang bulan lalu.

Warsame adalah salah seorang dari sekumpulan lelaki muda yang berhimpun di masjid untuk bermain bola keranjang dan menonton video yang mengagungkan keganasan oleh kumpulan pelampau, menurut aduan 16 muka surat. – Reuters