Lelaki M’sia didenda $3,000 miliki dadah

Lelaki M’sia didenda $3,000 miliki dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $3,000 atau enam bulan penjara ke atas seorang lelaki warga Malaysia bagi dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah terkawal.

Hukuman itu diputuskan oleh Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman ke atas Goh Sin Lee, 49, yang didakwa memiliki 0.2036 gram Methylamphetamine yang terkandung dalam 0.2584 bahan berhablur pada 7 Mei 2013 di sebuah rumah di Kampung Mulaut.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan mengambil dadah kelas A, Methylamphetamine pada tarikh yang sama.