Lelaki NZ dibayar setengah juta selepas dipenjara 12 tahun

Lelaki NZ dibayar setengah juta selepas dipenjara 12 tahun

WELLINGTON, New Zealand, 2 Ogos – Kerajaan New Zealand hari ini bersetuju membayar lebih setengah juta dolar kepada seorang lelaki yang telah meringkuk dalam penjara selama 12 tahun selepas dia disabit bersalah membunuh lima anggota keluarganya sendiri tetapi kemudian didapati tidak bersalah pada perbicaraan semula.

Kes David Bain terbukti salah satu kes yang paling terkenal dalam sejarah negara Selatan Pasifik itu.

Menteri Keadilan Amy Adams berkata pembayaran 925,000 dolar New Zealand kepada Bain bukan merupakan ganti rugi. Menurutnya, ini adalah kerana, satu laporan mendapati Bain tidak membuktikan ketidakbersalahannya meskipun dibebaskan dari kelima-lima tuduhan bunuh.

Adams berkata sebaliknya pembayaran itu adalah untuk mengakui tempoh masa yang dialami dan wang yang dibelanjakan oleh Bain untuk mendapatkan ganti rugi, untuk mengelak litigasi seterusnya dan untuk akhirnya membawa kes itu kepada kemuktamadan.

“Kes ini telah menjadi salah satu kes New Zealand yang paling rumit, unik dan menonjol yang pernah diketahui,” Adams memberitahu sidang media. Menurutnya Bain menerima pembayaran itu dengan penyelesaian penuh dan muktamad. – AP

ARTIKEL YANG SAMA