Lelaki Palestin bunuh 2 di Baitulmuqaddis

Lelaki Palestin bunuh 2 di Baitulmuqaddis

BAITULMUQADDIS, 9 Okt – Seorang rakyat Palestin melepaskan tembakan dari sebuah kereta di Baitulmuqaddis hari ini dan sekali lagi ketika polis mengejarnya, membunuh seorang pegawai dan seorang wanita, kata para pegawai, ketika kebimbangan memuncak berhubung keganasan baru.

Lelaki bersenjata itu, yang dilaporkan akan dijadualkan memulakan tempoh penjara pada hari yang sama, terbunuh sejurus selepas melakukan serangan berhampiran ibu pejabat polis, dekat dengan pembahagian jalan yang memisahkan warga Palestin timur Baitulmuqaddis dari sektor barat Yahudi.

Polis berkata yang terkorban termasuk pegawai polis berusia 29 tahun, Yosef Kirma, sementara media Israel mengatakan orang kedua yang terbunuh adalah seorang wanita Israel berusia 60 tahun.

Ia adalah antara serangan maut di Baitulmuqaddis beberapa tahun yang lalu.

Anggota polis forensik Israel mengumpul bukti dari sebuah kereta kepunyaan mangsa berikutan serangan tembakan berhampiran ibu pejabat polis Israel. – AFP
Anggota polis forensik Israel mengumpul bukti dari sebuah kereta kepunyaan mangsa berikutan serangan tembakan berhampiran ibu pejabat polis Israel. – AFP

Paramedik melaporkan tiga orang cedera akibat luka peluru adalah tambahan daripada dua yang terkorban, dengan dua lagi cedera ringan apabila kereta mereka dilanggar oleh kenderaan penyerang.

Polis berkata penyerang berusia 29 tahun itu melepaskan tembakan ke arah stesen tram di kawasan itu, mencederakan seorang wanita.

Dia kemudian terus memandu laju dan menembak ke arah sebuah kereta, mengakibatkan seorang wanita cedera parah, tambah mereka lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA