Lelaki Palestin ditembak cuba tikam belakang

Lelaki Palestin ditembak cuba tikam belakang

BAITULMUQADDIS, 4 Mei (AFP) – Pengawal keselamatan Israel telah menembak dan mencederakan seorang lelaki Palestin selepas dia cuba menikam orang yang menunggu di stesen landasan kereta api ringan di timur Baitulmuqaddis, menurut polis hari ini.

Penyerang itu, yang polis kenal pasti sebagai warga Palestin berusia 35 tahun dari kem pelarian Shuafat di timur Baitulmuqaddis yang terpisah, cedera ringan, menurut jurucakap wanita, Luba Samri dalam satu kenyataan.

Seorang pegawal keselamatan memberitahu polis bahawa lelaki Palestin itu telah ‘menyerangnya dari belakang’ sebelum berlari ke arah orang ramai yang menunggu di stesen itu, menurut Samri.

Beberapa pengawal keselamatan kemudian melepaskan tembakan di kakinya sebelum menangkapnya.

Forensik dan anggota polis Israel memeriksa tempat kejadian berkaitan lelaki Palestin yang mengalami cedera ringan di kakinya selepas polis melepaskan tembakan ke atasnya. – AFP
Forensik dan anggota polis Israel memeriksa tempat kejadian berkaitan lelaki Palestin yang mengalami cedera ringan di kakinya selepas polis melepaskan tembakan ke atasnya. – AFP

Tiada sesiapa yang cedera selain daripada warga Palestin yang dibawa ke hospital Hadassah di Ein Kerem untuk menjalani rawatan, katanya.

Insiden itu berlaku di perhentian kereta api di Givat HaMivtar dekat dengan sub bandar penempatan French Hill.