Lelaki paling gemuk di dunia jalani rawatan

Lelaki paling gemuk di dunia jalani rawatan

MEXICO CITY, 17 Nov – Seorang lelaki paling gemuk di dunia di Mexico akan menjalani rawatan pengurangan berat badan, lapor media tempatan semalam.

Juan Pedro Franco, 32, seberat hampir setengah tan telah diangkut pada malam Selasa dengan sebuah van khas dari kampung halamannya di Aguascalientes di tengah Mexico, ke sebuah klinik swasta di bandar Guadalajara, barat Mexico.

“Setakat ini, tidak ada pesakit yang seberat ini,” kata pakar bedah, Jose Antonio Castaneda Cruz.

Franco, yang mengalami obesiti morbid, diabetes dan hipotiroidisme, “berada dalam keadaan baik malam tadi apabila beliau mengambil gambar dan video kamera semasa diterima masuk ke klinik ini,” kata akhbar harian El Debate di laman webnya.

“Dia mengambil telefon bimbit beliau dan sempat mengambil beberapa gambar pemberita, dan bergurau senda, ‘ini adalah supaya anda tahu bagaimana rasanya,” kata akhbar itu lagi.

 Juan Pedro Franco yang mempunyai berat hampir 500 kilogram tiba di hospital di Guadalajara, Mexico. - AFP
Juan Pedro Franco yang mempunyai berat hampir 500 kilogram tiba di hospital di Guadalajara, Mexico. – AFP

Castaneda memberitahu pemberita bahawa rancangan operasi ini adalah untuk Franco dapat mengurangkan berat badannya dalam tempoh enam bulan akan datang bagi persediaan untuk pembedahan bariatric.

“Kami sangat berhati-hati. Kami akan melihat berapa banyak berat badan dia boleh turunkan bagi operasi itu nanti,” kata Castaneda.

“Oleh kerana sukar untuk membuat perjalanan, paras glukosa beliau berada di luar kawalan,” katanya.

Franco menghubungi klinik itu selepas mengetahui mengenai rawatan berat badan mereka dalam talian. – Xinhua