Lelaki pancung kepala budak dibelasah

Lelaki pancung kepala budak dibelasah

TAIPEI, 29 Mac (AFP) – Lelaki yang disyaki memancung kepala budak perempuan berusia empat tahun itu dibelasah oleh perusuh yang berang ketika dia ditahan di Taiwan, dengan parlimen berkata ia akan mendebatkan hukuman lebih keras bagi para pembunuh kanak-kanak ekoran jenayah yang mengejutkan itu.

Pembunuh itu menyambar kanak-kanak itu dari belakang ketika dia berbasikal menuju stesen metro di Taipei bersama ibunya untuk menemui saudara mara semalam, menurut polis. Lelaki itu menolak ibu budak perempuan itu, yang bergegas mara ke hadapan untuk menyelamatkan anak perempuannya, dia memancung kepala budak perempuan itu dengan menggunakan pisau dapur.

Tujuh orang yang berada di tempat kejadian tidak dapat menahan lelaki itu, yang telah diberkas di tempat kejadian, tambah polis. Budak perempuan itu hanya dikenal pasti identitinya dengan nama keluarganya, Liu. Polis berkata tersangka, lelaki berusia 33 tahun itu yang nama keluarganya Wang, pernah diberkas sebelum ini berhubung jenayah berkaitan dadah.

Apple Daily Taiwan melaporkan bahawa lelaki itu menganggur dan tinggal bersama ibu bapanya dan sebelum ini telah dimasukkan ke hospital kerana isu kesihatan mental. Kes itu, pembunuhan kedua kanak-kanak di Taipei dalam tempoh kurang setahun, telah mencetuskan kemarahan awam dan kritikan yang menggesa pemansuhan hukuman mati.

Seorang suspek (tengah) yang memancung budak wanita itu diiringi ke Pusat Tahanan di Taipei, Taiwan. – Reuters
Seorang suspek (tengah) yang memancung budak wanita itu diiringi ke Pusat Tahanan di Taipei, Taiwan. – Reuters

Ekoran serangan itu, hari ini parlimen mengumumkan ia akan mengemukakan kajian rang undang-undang yang akan memastikan mereka yang disabitkan dengan kesalahan membunuh kanak-kanak di bawah 12 dijatuhi hukuman mati dan hukuman minimum penjara seumur hidup dalam kes sakit mental yang teruk.

Kajian itu kini akan mengambil tempat pada hari Khamis, menurut ahli undangan Wang Yu-min, yang mencadangkan rang undang-undang itu.

“Saya sungguh sedih dengan kes ini, tersangka seharusnya dijatuhi hukuman mati dalam kes orang tidak dikenali membunuh seorang kanak-kanak,” Wang berkata dalam satu kenyataan yang dihantar ke Facebook.

Persatuan Penjagaan Sosial White Rose merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Taipei pada 9 April untuk mendesak bagi penguatkuasaan hukuman mati selepas jenayah ini.

“Jenis pembunuhan secara sembarangan ini menunjukkan bahawa Taiwan tidak boleh memansuhkan hukuman mati,” kata Eva Liang, pengerusi wanita pertubuhan itu.

Filem televisyen semalam menunjukkan berbelas-belas orang meradang berkumpul di luar sebuah stesen polis di Taipei.