Lelaki parah diterkam jerung

Lelaki parah diterkam jerung

SYDNEY, 3 Jan (AFP) – Seorang lelaki cedera di bahagian lengan dan kaki dipercayai akibat serangan jerung, hari ini ketika berenang di pantai timur Queensland.

Perkhidmatan ambulans berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai diterkam seekor jerung ketika berenang di Teluk Rosslyn, kira-kira 670 kilometer ke utara Brisbane pada jam 12 tengah hari.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di lengan dan kaki. Keadaan mangsa sedang dinilai dan akan dipindahkan ke Hospital Rockhampton,” katanya.Pengawal pantai berkata, mangsa dipercayai melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Miall dekat Teluk Rosslyn.

ARTIKEL YANG SAMA