Lelaki Perancis tikam tiga, seorang maut

Lelaki Perancis tikam tiga, seorang maut

SYDNEY, 24 Ogos – Seorang wanita Britain meninggal dunia dan seorang lelaki cedera parah apabila seorang warga Perancis dipercayai menikam tiga orang dengan mengatakan ‘Allahu Akbar’ di sebuah hostel bagi pengembara Australia, kata polis hari ini.

Polis sedang menyiasat pembunuhan itu, yang berlaku lewat kelmarin di Home Hill, sebuah bandar selatan Townsville di luar bandar di jauh ke utara negeri Queensland, namun tidak dapat mengatakan penyerang itu telah menjadi radikal.

Motif di sebalik penikaman itu, yang mengakibatkan lelaki Britain berusia 30 tahun dalam keadaan kritikal dan seorang lelaki tempatan cedera ringan, masih belum diketahui, kata Timbalan Pesuruhjaya Steve Gollschewski.

“Siasatan awal menunjukkan komen-komen itu mungkin ditafsirkan berpunca daripada sifat pelampau yang dilakukan oleh pesalah berkenaan,” katanya.

Gambar yang diambil melalui rakaman video Perbadanan Penyiaran Australia menunjukkan anggota kecemasan berada di tempat kejadian semalam selepas serangan yang berlaku pada Selasa, di asrama di bandar Home Hill di utara Queensland, Australia. – AP
Gambar yang diambil melalui rakaman video Perbadanan Penyiaran Australia menunjukkan anggota kecemasan berada di tempat kejadian semalam selepas serangan yang berlaku pada Selasa, di asrama di bandar Home Hill di utara Queensland, Australia. – AP

Ia juga dipercayai yang suspek menggunakan frasa ‘Allahu Akbar’ semasa serangan itu dan apabila ditangkap oleh polis, katanya.

“Sementara maklumat akan dikumpulkan dalam siasatan, kami tidak akan mengeluarkan sebarang motifnya pada peringkat ini, sama ada ia bermotifkan politik atau jenayah,” tambahnya.

Gollschewski berkata siasatan itu juga akan dianggap sama ada berpunca dari kesihatan mentak atau penyalahgunaan dadah merupakan faktor dalam insiden itu yang mana seekor anjing juga maut akibat mengalami kecederaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA