Lelaki pertama maut akibat MERS

Lelaki pertama maut akibat MERS

SEOUL, 25 Okt (AFP) – Seorang lelaki warga Korea Selatan meninggal dunia akibat komplikasi Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) hari ini, dalam kematian pertama berkaitan dengan virus itu di negara tersebut selama lebih tiga bulan.

Lelaki berusia 66 tahun itu telah didiagnosis pada Jun selepas dijangkiti virus berkenaan di Pusat Perubatan Samsung di Seoul – salah satu bencana besar bagi penyakit berkenaan yang melanda negara itu antara bulan Mei dan Jun, menurut kementerian kesihatan Seoul.

Dia kemudian dikatakan sudah sembuh daripada penyakit itu namun bergelut dengan penyakit paru-paru yang menjadi komplikasi akibat daripada virus tersebut.

Seoul telah mengumumkan penularan itu secara efektifnya berakhir pada Julai, namun awal bulan ini lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai telah sembuh daripada virus berkenaan telah didiagnosis semula.

Diagnosis itu menghambat harapan Korea Selatan untuk diumumkan bebas penyakit yang telah menjejaskan 186 orang di negara berkenaan, membunuh 36 daripadanya, sejak ia meletus pada Mei.

ARTIKEL YANG SAMA