Lelaki rempuh askar pengawal masjid

Lelaki rempuh askar pengawal masjid

LYON, PERANCIS, 3 Jan (AFP) – Seorang lelaki cedera selepas dia ditembak askar yang mengawal sebuah masjid di bandar tenggara Perancis, Valence dalam satu kejadian kelmarin.

Difahamkan, askar terbabit bertindak demikian selepas lelaki itu merempuh kereta dipandunya ke arah laluan masuk ke masjid berkenaan.

Dalam insiden itu, seorang askar cedera ringan di kaki dan seorang pejalan kaki terkena peluru.

Penyiasat Perancis tiba di lokasi kejadian di Valence.
Penyiasat Perancis tiba di lokasi kejadian di Valence.

‘Kereta dipandu lelaki terbabit cuba merempuh empat askar yang berkawal di masjid itu. Mereka tiada pilihan lain selain melepaskan tembakan amaran ke arah pemandu tersebut,’ kata Datuk Bandar Valence, Nicolas Daragon.

Motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

ARTIKEL YANG SAMA