Lelaki rentung dalam kebakaran di Likas

Lelaki rentung dalam kebakaran di Likas

KOTA KINABALU, 1 Dis (Bernama) – Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Kemajuan Kampung Likas, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata mayat Luminis Lamjari, 58, ditemui anggota bomba sebaik sahaja api dipadamkan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4:45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 2.04 x 1.11 meter persegi jenis tidak kekal telah terbakar kira-kira 90 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Affendy berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.