Lelaki sakit mental serang jemaah masjid

Lelaki sakit mental serang jemaah masjid

TETOUAN, Morocco, 10 Ogos – Agensi berita Maghribi berkata seorang lelaki yang menyerang sebuah masjid di bandar Maghribi Tetouan telah ditangkap kerana disyaki membunuh selepas insiden kematian seorang imam.

Agensi berita MAP melaporkan polis di Tetouan menahan lelaki itu semalam selepas dia menyerang beberapa orang di Masjid Al Andalous di medina lama dengan senjata.

Polis berkata, selain membunuh imam masjid itu, suspek turut mencederakan beberapa orang yang kini berada dalam keadaan stabil.

Ia berkata suspek, yang dilahirkan pada tahun 1982, sebelum ini telah menerima rawatan bagi masalah kesihatan mental. – AP