Lelaki Serbia bunuh enam termasuk isteri anak lelakinya yang baru berkahwin

Lelaki Serbia bunuh enam termasuk isteri anak lelakinya yang baru berkahwin

BELGRADE, 18 Mei – Seorang lelaki berusia 55 tahun melakukan tembakan rambang di Serbia dalam satu kejadian yang kelihatannya dia naik berang ketika mabuk berhubung perkahwinan anak lelakinya, membunuh enam orang, termasuk pengantin perempuan dan ibu bapanya, menurut polis hari ini.

Pembunuhan tidak waras itu berlaku di bandar utara Kanjiza semalam berpunca daripada ‘hubungan masalah kekeluargaan,” kata jurucakap kementerian dalam negeri memberitahu AFP.

Media tempatan melaporkan lelaki itu dalam keadaan mabuk sebelum mengambil senapang memburunya dan menembak mati enam mangsa, sehari selepas perkahwinan yang dipercayai tidak dipersetujuinya.

Seorang tetamu warga Perancis, yang isterinya turut cedera dalam serangan itu, berjaya membunuh lelaki bersenjata berkenaan, menurut jurucakap, tanpa memberikan butiran selanjutnya.

Dua tahun lalu, seorang veteran perang Serbia dilaporkan dengan sejarah keganasan rumah tangga telah menembak 13 orang, termasuk isteri dan anak lelakinya, sebelum dia mati akibat cedera sendiri. – AFP