Lelaki Singapura pukul teman wanita, diarah jalani pengawasan

Lelaki Singapura pukul teman wanita, diarah jalani pengawasan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Mahkamah Majistret, hari ini, mengarahkan seorang lelaki Singapura untuk menjalani perintah pengawasan selama 12 bulan selepas mengaku bersalah memukul teman wanitanya.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memutuskan hukuman itu ke atas Tan Giok Poh Robert yang berdepan kesalahan memukul teman wanitanya pada Julai 2015 menggunakan pemukul bola lisut di kediaman mereka di Kampung Kiulap.

pg06_151113_mahkamah logo2

Defendan memberitahu mahkamah dia tidak berniat untuk memukul teman wanitanya yang sudah bersamanya selama 15 tahun itu.

Pemangku Majistret Kanan juga mengarahkan defendan untuk memberi khidmat kemasyarakatan selama 100 jam, dan untuk tidak mengulangi perbuatannya, defendan perlu melaporkan diri kepada JAPEM jika dia hendak meninggalkan negara ini atau berpindah.

ARTIKEL YANG SAMA