Lelaki tempatan ambil dadah, didenda $3,000

Lelaki tempatan ambil dadah, didenda $3,000

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Seorang lelaki warga tempatan dijatuhi denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas kesalahan mengambil dadah terkawal pada 2014.

Awangku Mohd Hidayatullah bin Pengiran Haji Damit, 36, didakwa bagi dua pertuduhan iaitu mengambil dadah kelas A, Methylamphetamine pada 8 Oktober 2014 dan pada 22 Oktober 2014.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memberi tempoh sehingga 30 April untuk defendan membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan enam bulan penjara.

Majistret Dewi turut memerintahkan defendan untuk menjalani ujian air kencing hari ini, dan membenarkan dia diikat jamin $3,000 atau seorang penjamin tempatan.

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan pada 8 dan 22 Oktober selepas dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine, dan dia mengaku mengambil dadah kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya.

pg06_160202_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA