Lelaki tempatan berdepan 3 pertuduhan

Lelaki tempatan berdepan 3 pertuduhan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, baru-baru ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan anak perempuan tirinya.

Lelaki berusia 30 tahun yang namanya tidak dapat didedahkan itu berdepan tiga pertuduhan kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di kediaman mereka di Kampong Ayer sekitar Mac 2016.

pg06_160613_mahkamah logo2

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin menetapkan Oktober 2016 untuk perbicaraan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

ARTIKEL YANG SAMA