Lelaki tempatan berdepan tuduhan curi

Lelaki tempatan berdepan tuduhan curi

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160831_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencuri kunci dan kereta.

Tiada pengakuan diambil daripada Norhadi bin Ismail, 28, yang menghadapi pertuduhan mencuri kunci dan sebuah kereta di Kampung Tungku antara 28 dan 29 Ogos 2016.

Dia bersama empat yang lain turut didakwa mencuri sebuah lagi kereta di Perumahan Pasukan Polis Diraja Brunei, Kampung Lambak antara 22 dan 24 Ogos 2016.

Pegawai Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda, serta di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Raya memohon tertuduh untuk ditahan reman di Balai Polis Pusat sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 5 September untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA