Lelaki tempatan didakwa raba wanita

Lelaki tempatan didakwa raba wanita

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan dengan meraba payu dara seorang wanita berusia 40 tahun.

Mohamad Ashri bin Haji Pungut, 44, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Mei 2015 kira-kira jam 8 malam di sebuah kedai elektronik di Kiulap.

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Haji Kamaluddin memohon kepada mahkamah supaya tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan lanjut.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 28 Mei untuk sebutan semula kes.

ARTIKEL YANG SAMA