Lelaki tempatan didenda ambil dadah terkawal

Lelaki tempatan didenda ambil dadah terkawal

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Mahkamah Majistret, semalam, telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak $1,500 ke atas seorang lelaki tempatan bagi kesalahan mengambil dadah terkawal.

Abdul Hakim bin Ibaharim, 24, berdepan pertuduhan mengambil dadah terkawal kelas A, Methlamphetamine pada Oktober 2014.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Sofimah binti Ramlee dalam fakta kes menyebut, tertuduh ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh pasukan anggota Biro Kawalan Narkotik di kawasan perkuburan Semamang, Daerah Temburong, kira-kira jam 10:30 pagi, pada 21 Oktober 2014.

Ujian air kencing yang diambil daripada tertuduh setelah dianalisis didapati positif mengandungi Methylamphetamine.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memberi tempoh tiga bulan kepada tertuduh untuk membayar denda setelah mendengar tertuduh merayu supaya hukuman diringankan memandangkan dia tidak bekerja dan perlu menyara isteri dan anaknya.

Jika gagal membayar denda dalam tempoh yang diberikan, Ketua Majistret memerintahkan tertuduh untuk dipenjarakan selama tiga bulan.

ARTIKEL YANG SAMA