Lelaki tempatan didenda, miliki rokok

Lelaki tempatan didenda, miliki rokok

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan pada 2014.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan Shawal bin Ajong, 35, membayar denda $150 setiap bulan sehingga habis atau berdepan penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Shawal didakwa memiliki lima karton rokok yang telah disembunyikannya di dalam enjin kereta yang dipandunya ketika ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah sekitar jam 11 pagi pada 4 Disember 2014.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang yang mana duti eksais yang perlu dibayarnya untuk membawa masuk rokok itu ialah $230.

pg06_160211_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA