Lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah

Lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160829_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan menceroboh.

Mohd Aliana bin Ibrahim, 38, berdepan dua dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita dan seorang lelaki, dengan menggunakan tukul dan batang besi.

Kejadian didakwa berlaku pada 28 Mei 2016 dan 1 Februari 2015. Dia didakwa melakukan kesalahan yang memperuntukkan penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan sebatan.

Tertuduh juga menghadapi tuduhan menceroboh pada 15 Ogos, dan didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara setahun dan denda. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria memohon kepada mahkamah untuk tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan.

Mahkamah menetapkan 1 September untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA