Lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah

Lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161010_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Saiful bin Awang Timbang, 37, yang didakwa mencuri satu jam tangan Rolex dan peranti Samsung Tab, antara 13 hingga 20 Julai 2016 bersama seorang lagi rakan sejenayahnya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dari sebuah rumah di Kampung Sungai Hanching, dan didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin di bawah seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Pegawai Pendakwa memohon untuk tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 10 Oktober untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA