Lelaki tempatan dipenjara 5 bulan

Lelaki tempatan dipenjara 5 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160722_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Seorang lelaki tempatan terpaksa menjalani hukuman penjara lima bulan selepas gagal membayar denda $2,300 yang dijatuhi Mahkamah Majistret terhadapnya atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah, pada 2013.

Marawidi bin Effendi, 35, mengaku bersalah kerana memiliki 0.1221 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 10 April 2013 di kawasan sebuah restoran di Rimba. Marawidi diberkas oleh pegawai narkotik dan dibawa ke Biro Kawalan Narkotik di mana sampel air kencing tertuduh diambil untuk ujian analisa.

Keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Saintifik menunjukkan sampel air kencing tertuduh mengandungi dadah.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani pemulihan di Pusat Al-Islah sebaik selesai menjalani hukuman penjara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA