Lelaki tempatan dipenjara setahun

Lelaki tempatan dipenjara setahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160830_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman setahun penjara ke atas seorang lelaki tempatan kerana melakukan kesalahan curi dan kerosakan pada tingkap rumah jirannya.

Muhammad Alihasif bin Haji Rosli, 29, mengaku bersalah mencuri $300 dan wang syiling berjumlah $70 dari rumah jirannya di Kampung Jerudong dalam dua kes berasingan.

Dia didakwa oleh Pegawai Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin mengikut Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Tertuduh juga dituduh melakukan kerosakan pada tingkap tandas dan bilik tamu rumah jirannya, dan didakwa di bawah Seksyen 426 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. Dia melakukan kesalahan itu antara 19 dan 21 Ogos dan juga pada 24 Ogos 2016.

Siasatan mendedahkan tertuduh melakukan kesalahan itu untuk membayar hutang dan membeli makanan.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin memerintahkan hukuman tertuduh

ARTIKEL YANG SAMA