Lelaki tempatan dituduh lakukan rompakan guna pisau

Lelaki tempatan dituduh lakukan rompakan guna pisau

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_161017_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan melakukan rompakan menggunakan pisau.

Haji Budiman bin Haji Tuah, 42, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Perpindahan Mata-Mata, Gadong pada 14 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara tidak kurang daripada tujuh tahun dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mana Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkannya untuk ditahan reman di Balai Polis Pusat untuk siasatan dan menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA